Salam Mahabbah.
Naik malu saya memulakan bicara lantaran blog ini bak 'hidup segan mati tak mahu'. Tetapi memandangkan riwayatnya belum tamat harus juga saya gagah gigihkan diri mencoretkan sesuatu agar ia tetap tidak ditalqinkan.
Dikesempatan ini, berjuta-juta kemaafan saya lafazkan untuk insan-insan yang berkecil hati atas penghijrahan saya ke bumi Syam yang tidak dimaklumkan. Bukan saya sengaja melakukan itu semua melainkan ia punya sebab yang kukuh untuk saya berbuat demikian.. Jujurnya, hari saya berangkat 2 bulan lalu itulah hari saya menerima tiket.. Segalanya belum pasti, entah di KLIA itu saya ditipu, atau tidak menjadi teka teki..TAWAKAL setelah cuba untuk meyakini kebaikan segala taqdirNya itulah rasa hati saya ketika itu.. Kegusaran tidak berhenti di situ, kata orang nak masuk ke Syria sukarnya lebih dari Saudi.. Saya bisa lepas masuk atau tidak ke sebuah negara bernama Syria semuanya masih samar..Maka dengan itu, saya mohon benar terimalah kemaafan dari saya bagi mereka-mereka yang masih berkecil hati itu..
Alhamdulillah.Kalimat agung itu saya lafazkan tatkala diri menjejaki tanah Syam yang diberkati. Maha Suci Allah yang mengatur perjalanan itu dengan sebuah perjalanan yang mudah dan lancar. Ya Salam..
Saya masih baru di sini, banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari. Namun Alhamdulillah Allah juga yang telah membuatkan jiwa saya berasa tidak terasing di sini. 'Damsyiq, jatuh cinta jejak pertama'
Saya benar-benar merasa selesa di sini. Damsyiq ibu kota Syria, bandar yang pastinya menjadi bandar paling sibuk di Syria. Saya bukan manusia yang suka dengan hiruk pikuk hidup di kota-kota besar, sekalipun saya lahir dan menetap di Kuala Lumpur. Tapi saya berpandangan Damsyiq cukup memberi ketenangan yang luar biasa. Bukan kerana kecantikan bandarnya, tetapi ia terletak pada suasana keilmuaan yang ada di kota besar ini.Ia terletak pada ketinggian budi warganya yang menghormati dan meraikan para penuntut ilmu di sini.
Alim ulama' yang begitu fleksibel mendekati masyarakat. Masjid-masjid yang hidup dengan pelbagai majlis ilmu. Kanak-kanak yang tidak dipingirkan ketika mereka bermain-main di mihrab masjid. Manusia-manusia berhati malaikat membantu untuk orang-orang luar mempelajari bahasa arab dengan baik bahkan tidakpun mereka kedekut memberi bantuan berbentuk kewangan, mahupun keperluan harian tanpa perlu diminta-minta.
Doa Nabi Allah sunguh-sungguh dimakbulkanNya.'Berkati bumi syam' doa Nabi berulang dua kali, ya hingga kini keberkatan itu dirasai. Siapa jua yang berhajat bermusafir ke sini, ahlan wa sahlan saya ucapkan. Moga Dia terus memimpin saya untuk merasai dan menghargai keberkatan hidup di bumi yang diberkati.
Friday, October 8, 2010
Sunday, May 16, 2010
Setiap hari adalah hari buatmu.
Salam seindah mawaddah.
Bulan mei adalah antara bulan yang agak 'meriah' dikalangan ahli keluarga saya. 2 Mei adalah tarikh yang telah tercatat di kad pengenalan ibu saya. Walaupun emak selalu mengatakan, 'orang dulu' biasa mendafatarkan kelahiran anak seminggu dua setelah hari kelahiran anak mereka. Namun 'ijtihad' kami adik beradik 2 mei tetap hari untuk memberikan sedikit kelaianan buat emak. Sementelaah kakak kedua dan seorang lagi kakak ipar saya turut lahir pada tarikh 2 Mei. Pastinya juga hari ibu, dan hari guru turut jatuh pada bulan yang sama.
Sekadar berkongsi duit bersama kakak dan adik membelikan cadar baru untuk emak pada 2 Mei lalu. Alhamdulillah cadar hijau 'warna syurga' bilang ayah :). Pandang wajah emak, buat hati meruntun pilu. Oh, emak saya semakin tua. 63 tahun kini umurnya. Moga Allah sentiasa melimpahkan keberkatan buat dirinya.
10 Mei hari yang dunia sepakat mengiktiraf sebagai Hari Ibu. 16 Mei hari yang dinamakan sebagai Hari Guru. Namun dihati saya, setiap hari adalah hari untuk setia dan sentiasa mengenang jasa mereka. Setiap hari adalah hari untuk menterjemahkan cinta buat mereka. Setiap hari adalah hari untuk mencipta bahagia buat mereka. Pasti mereka tidak mengharapkan cinta dan bahagia dari harta kita. Cukuplah sekadar bertanya khabar, menghadiahkan doa, tanda ingatan tak pernah lekang dihati. Cinta dan bahagia bukan ada pada harta kekayaan. Tapi ia milik mereka yang sedia memberi dan menerima dengan ketulusan dan keikhlasan hati.
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan pemilik cinta dan bahagia.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, yang setia mencintai ummah walau derita menanggung payah.
Allah mencipta rasa cinta buat ibu dan ayah. Allah yang telah meningkatkan martabat seorang 'guru penunjuk hidayah'. Lalu Rasul Allah itulah yang telah menunjukkan qudwah kesantunan akhlaq buat kita terus mencintai ibu ayah serta sekalian asatizah.
Terima kasih Allah
Terima kasih wahai Nabiku
Terima kasih buat ibu dan ayahku
Terima kasih duhai guru-guruku
Setiap hari adalah hari untuk mencipta bahagia buat kalian
Kerana setiap hari adalah hari buat diri ini mencari keredhaan Tuhan
Juga kerna setiap hari adalah hari buat aku mengharap syafaat Nabi.
Tanpa malu, tanpa segan
Aku katakan, aku tersangat mencintai kalian!

Tuesday, April 13, 2010
Buat sekalian jiwa
Mari kita bisukan mulut
Dari memperkatakan yang sia
Kerna bisa yang sia membawa sial
Mari kita tulikan telinga dari kazab dunia
Agar bisa kita dengari kemerduan azan Bilal di syurga
Ayuh kita kita butakan mata dari kefasadan yang mengancam
Agar bisa kita melepas kerinduan kepada Nabi
Saat mata dipilih menatap kemuliaan wajahnya
Mari kita tinggalkan langkah yang pasti membawa binasa
Lalu kita gantikan dengan ayunan langkah jihad
Buat mahar meraih syurga
Mari kita hentikan kemaksiatan
Dari nikmat tangan yang dikurnia Tuhan
Agar dapat kita teguk lazatnya air di telaga kauthar
Dari piala indah yang tidak tergambar
Wahai lelaki yang lalai dengan pesona wanita
Sedarlah cantik mereka sementara cuma
Kaya mereka ke kubur jua
Bijak mereka belum tentu memberi bahagia
Tegarkan dirimu menjadi peminang bidadari syurga
Wahai wanita yang alpa dengan sapa lelaki
Kita terhutang budi pada Sang Nabi
Dimuliakan wanita tika terhina
Jauhilah diri dari terhumban di jurang kehinaan
Engkau berhak menjadi ketua bidadari
Maaf bukan kerna cantik nan halusnya wajahmu
Tapi kerna mulus akhlaq yang terbias dari sucinya hatimu
Untuk jiwaku dan jiwamu
Mari kita didik hati yang liar
Kembali ke jalan yang benar
Hingga kita bertemu yang dijanjikan
"Redha Tuhan"
Lalu sang hamba sujud kepada Rabbnya
Menangis penuh kesyahduan
Berbicara Allah pada hamba yang telah diredhaiNya
"Bangunlah, sekarang bukan lagi masa untuk kalian beribadat kepadaKu"
Allhu Rabb
Pimpin kami
Redhai kami

Thursday, February 4, 2010
"Tunjukkan arah kiblatku"
Slm sehalus manisnya Islam!
Alhamdulillah, doa dan harapan saya termakbul seusai saya menunaikan solat Dhuha. Sore esoknya Allah telah memudahkan jalan untuk saya mendapatkan rumah sewa. Saya senyum puas, rumah itu memenuhi kehendak saya. Bukan kerana besarnya tetapi kerana kebersihannya yang memenuhi cita rasa. Tentunya kebersihan persekitaran itu menenangkan hati seterusnya melapangkan jiwa untuk kita melakukan amal ibadat. Ya! Itulah yang diajarkan Islam Addeenul Hanif.
Malam keesokannya dengan ditemani emak, saya berpindah ke rumah baru. Baru sahaja saya membuka pagar rumah, saya terserempak dengan seorang perempuan yang tidak bertudung. "Atiqah ye? jemput masuk, saya nak keluar sekejap, yang lain ada di dalam" Mesra sahaja dia menyapa saya. Saya mengiyakan "Terima kasih ".
Sebelum emak pulang, saya cuba menenangkan emak yang saya lihat sedikit gusar tentang kesesuaian saya di rumah itu. "Emak Tak payah risaulah, Insyaallah..bila lagi nak mengaplikasikan teori dakwah" saya cuba meyakinkan emak.
Di rumah itu, semuanya mesra bagi saya. "Boleh tunjukkan saya kiblat?" saya bertanya kepada salah seorang ahli rumah. "Macam ini kak" jawabnya.."Eh kejap-kejap, saya tanya kawan saya" sambungnya lagi. "Betulkan kiblat macam ini?" Dia bertanya kepada seorang lagi rakan serumah. "Kejap ye, aku panggil K.Su" Alhamdulillah,kali ini jawapannya meyakinkan saya. Masing-masing nampak segan silu. "Mintak maaf kak, tak berapa pasti tadi, jawab dua orang dari mereka."
Saya senyum dengan misi tersimpan di lubuk hati. Sungguh! kali ini memang Allah benar-benar mahu memberikan ruang untuk saya mempertingkatkan ibadat. Ibadat wajib, untuk memanusiakan seorang manusia! Moga Allah memberikan kekuatan untuk saya tegar mendepani cabaran. Meminjam dogma mantan Timbalan Presiden Gamis, Ustazah Rafidah "Senyum Daie Menuju Mad'u" Ya Allah thabitkan hati kami di atas jalan dakwahMu..Untuk teman-teman serumahku, buat kalian cinta dari ku! Salam sehalus manisnya Islam..

Saturday, January 23, 2010
semarak jihad
Slm semulia jihad!
Semoga post kali ini mampu menyemarakkan semangat jihad. Semangat jihad kita semua yang terkadang luntur dengan tuntutan dunia yang memenatkan...
Saya terlalu rindu pada AL-quds..antara tempat yang sering saya angan-angankan untuk saya ziarahi..terkenang semasa saya berada di Mekah menunaikan umrah, sering saya berusaha berada dikelompok orang-orang Palestin. Mendengar luah bicara mereka pada kekusutan hidup ummat Islam di sana. Bisa buat hati merobek hiba, mengenang kalam Baginda Rasul, ummat Islam akhir zaman bagai buih di lautan..
Semalam saya dimaklumkan oleh seorang sahabat, beliau akan menziarahi Al-Quds sedikit masa lagi...Entah kenapa saya terlalu mencemburui berita itu. Saya mahu ikut sama!!!!Keinginan yang tiada tara!Saya mahu turut serta dalam pemusafirannya!
Saya rindukan Al-Quds!
Saya kepingin untuk syahid!
Saya mahu semangat jihad kekal mewangi dalam diri!
Saya mahu jadi seperti Atikah binti Zaid yang bisa membuatkan ramai jiwa syahid menemui Ilahi!
Namun adakala, saya terjerat dengan nafsu yang menipu. Tewas dengan mainan dunia yang melalaikan..
Mohon didoakan agar Atiqah binti Md Adzhar bisa mencontohi kekentalan semangat jihad Atikah binti Zaid!Alangkah bahagianya menemui Tuhan dengan kesyahidan......
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta
Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia
Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu
Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu
A aa aaaa A aaa aaa A aaa aaaa a a a aa A aa aaaa A aaa aaa A aaa aaaa a a a aa Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia
Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu
Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta
Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu
Palestina Tercinta
Album : Tak Kenal HENTI !!!
Munsyid : Shoutul Harokah
Munsyid : Shoutul Harokah
Thursday, December 10, 2009
Andai ramai seperti mereka?
10 Disember bersamaan hari Khamis, Dataran 1st Cafe Kuis menjadi saksi pembubaran secara rasmi Gerakan Mahasisw Sedar (GMS) dalam pembawaan isu yuran. Tahniah saya ucapkan kepada GMS yang telah melakar sejarah, membuktikan dengan iltizam bahawa masih wujud kelompok mahasiswa yang berani menyatakan kebenaran, walau terpaksa menempuh pelbagai dugaan.
GMS tegar berdiri, disaat mahasiswa Kuis rela membiarkan diri dizalimi. Saya pasti, jika diberi pilihan di antara berada di meja belajar, menekuni khazanah ilmu yang perlu dikhadami ataupun berpencak di medan perjuangan, mengorbankan diri demi memastikan kebatilan menyembah bumi, maka pastinya memilih jalan mudah tanpa memikirkan soal kebajikan ummat menjadi pilihan kebanyakkan mahasiswa. Namun Alhamdulillah Kuis seharusnya berbangga masih punya mahasiswa yang berintegriti. Hidup mereka bukan atas kemaslahatan diri, bahkan untuk ummah yang lebih mereka cintai.
Pelbagai tohmahan dilemparkan, bermacam ugutan mereka hadapi. Soalnya, mulut-mulut yang mudah mencaci nista kewujudan GMS di bumi Kuis yang kononya dikatakan perosak imej baik Kuis, apakah kita sudah melakukan sesuatu dalam memastikan yang haq itu tertegak dan yang batil itu dihapuskan? Tepuk dada tanyalah iman?
Justeru, buat akhirnya untuk mahasiswa Kuis ayuh belajarlah sesuatu dari kehadiran GMS yang sebentar cuma. Ketahuilah bahawa mereka tidak pernah hadir untuk menimbulkan kucar kacir. Bahkan menuntun hak setiap dari mahasiswa yang terinaya tanpa memikirkan soal kepentingan hidup mereke. Andai ramai seperti mereka??

Thursday, November 26, 2009
Moga dipermudahkan
Bismillahirahmanirahim..
Salam aidil adha. Terasa kekok untuk saya menulis, setelah sekian lama saya biarkan blog ini 'bersawang' atau kalau analoginya bak kuih raya barangkali ianya sudah berkapang.
Kali terakhir saya mencatat sesuatu untuk blog ini, adalah sebelum beberapa hari saya menunaikan umrah pada bulan Ogos yang lalu. Selepas itu, entah kenapa beberapa kali percubaan saya untuk menulis menemui jalan buntu bahkan saya hampir-hampir menutup episod 'jalrastafisabilillah' ini.
Aidil adha menggamit memori indah saat Allah menjemput saya menjadi tetamuNya. Dua minggu Ramadhan terawal saya direzkikan dengan pemusafiran di Haramain. Suatu pekara yang saya sendiri tidak duga dengan beberapa limitasi kondisi saya ketika itu.
Allahuakbar!Allahuakbar!Seruan azan subuh bagaikan meraikan kehadiran saya di Madinah Al-Munawwarah. Saya biarkan titisan air mata mengiringi hening subuh itu. ''Masyaallah akhirnya Engkau izinkan untuk ku jejak bumi yang tersimpannya jasad RasulMu" Sungguh saya benar-benar terharu.
Makkatul Mukarramah menjadi destinasi seterusnya. Sukar sekali saya mempercayai bahawa Ka'bah yang menjadi kiblat sekalian ummat Islam berada di depan mata. Umrah yang sengaja saya lakukan seorang diri di bawah bahang terik mentari membuatkan saya terharu memikirkan betapa hebatnya iman para Nabi dan sahabat meredah pelbagai ujian yang tidak tergambar dek akal fikiran dalam memastikan keberlangsungan risalah dakwah yang menjadi amanah Allah terus mekar di persada dunia. Tingginya tawakkal Nabi Ibrahim saat meninggalkan isteri tercinta sebagai bukti cinta utamanya adalah buat Sang Pencipta yang tiada duanya. Setianya Siti Hajar menagih redha suaminya dalam menggapai redha Sang khaliq yang lebih utama.
Maha Suci Allah sungguh mereka sedang berbahagia di atas ketulusan dan keikhlasan pengorbanan mereka dalam perjalanan menuju mardhatillah. Moga begitulah hendaknya buat sekalian jemaah haji. Mudahan-mudahan kesungguhan dan keikhlasan mereka menempuh pelbagai ujian dalam melakukan ibadah haji bakal dijanjikan haji yang mabrur. Haji yang telah Allah janjikan dalam firman Nabi bahawa syurgalah balasannya.
Semoga Allah memudahkan pula perjalanan kita untuk melaksanakan ibadah haji suatu hari nanti. Jua hendaknya moga Allah izinkan untuk kita sujud di masjid AL Aqsa tercinta. Itu cita dan harapan saya dan pastinya kita perlu optimis seiring doa dan usaha dalam menggapai impian dan harapan! Moga dipermudahkan buat kita semua AMIN YA RABB!
Subscribe to:
Posts (Atom)