Sunday, May 16, 2010

Setiap hari adalah hari buatmu.

Salam seindah mawaddah.

Bulan mei adalah antara bulan yang agak 'meriah' dikalangan ahli keluarga saya. 2 Mei adalah tarikh yang telah tercatat di kad pengenalan ibu saya. Walaupun emak selalu mengatakan, 'orang dulu' biasa mendafatarkan kelahiran anak seminggu dua setelah hari kelahiran anak mereka. Namun 'ijtihad' kami adik beradik 2 mei tetap hari untuk memberikan sedikit kelaianan buat emak. Sementelaah kakak kedua dan seorang lagi kakak ipar saya turut lahir pada tarikh 2 Mei. Pastinya juga hari ibu, dan hari guru turut jatuh pada bulan yang sama.

Sekadar berkongsi duit bersama kakak dan adik membelikan cadar baru untuk emak pada 2 Mei lalu. Alhamdulillah cadar hijau 'warna syurga' bilang ayah :). Pandang wajah emak, buat hati meruntun pilu. Oh, emak saya semakin tua. 63 tahun kini umurnya. Moga Allah sentiasa melimpahkan keberkatan buat dirinya.

10 Mei hari yang dunia sepakat mengiktiraf sebagai Hari Ibu. 16 Mei hari yang dinamakan sebagai Hari Guru. Namun dihati saya, setiap hari adalah hari untuk setia dan sentiasa mengenang jasa mereka. Setiap hari adalah hari untuk menterjemahkan cinta buat mereka. Setiap hari adalah hari untuk mencipta bahagia buat mereka. Pasti mereka tidak mengharapkan cinta dan bahagia dari harta kita. Cukuplah sekadar bertanya khabar, menghadiahkan doa, tanda ingatan tak pernah lekang dihati. Cinta dan bahagia bukan ada pada harta kekayaan. Tapi ia milik mereka yang sedia memberi dan menerima dengan ketulusan dan keikhlasan hati.

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan pemilik cinta dan bahagia.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, yang setia mencintai ummah walau derita menanggung payah.

Allah mencipta rasa cinta buat ibu dan ayah. Allah yang telah meningkatkan martabat seorang 'guru penunjuk hidayah'. Lalu Rasul Allah itulah yang telah menunjukkan qudwah kesantunan akhlaq buat kita terus mencintai ibu ayah serta sekalian asatizah.

Terima kasih Allah
Terima kasih wahai Nabiku
Terima kasih buat ibu dan ayahku
Terima kasih duhai guru-guruku
Setiap hari adalah hari untuk mencipta bahagia buat kalian
Kerana setiap hari adalah hari buat diri ini mencari keredhaan Tuhan
Juga kerna setiap hari adalah hari buat aku mengharap syafaat Nabi.
Tanpa malu, tanpa segan
Aku katakan, aku tersangat mencintai kalian!