Saturday, May 2, 2009

Cinta yang belum berbalas









"Weh, hang! Abang kami ada ajar doa nak belajar Bahasa Arab (Allahumma ja'alna mutakallimina billughatul 'arabiyatul fusaha)" Bersunguh-sungguh Anis memperturunkan doa baru yang diperoleh dari abangnya sewaktu saya berada di tingkatan empat. Doa itu saya minta Anis tuliskan untuk saya tampalkan di atas meja. Sejak itu doa itu menjadi kelaziman bagi saya.








Sedar tak sedar suduh tujuh tahun cerita itu berlalu berlalu. Alhamdulillah takdir Allah untuk terus menempatkan saya dalam bidang Pengajian Islam setelah tamatnya SPM. Cinta saya pada Bahasa Arab yang menjadi bahasa khusus ilmu Islam itu terus mekar walau hakikatnya penguasaan saya terhadap Bahasa Al-Quran itu bukanlah di tahap yang baik apa lagi untuk dibanggakan.

Untuk membuktikan cinta itu, saya benar-benar bertekad untuk menyambung pengajian di bumi Anbiya'. Pengajian Ijazah Usuluddin di Al-Azhar, Mesir jadi impian. Namun ujian tak terduga datang menimpa, impian tinggal kenangan. Pembatalan MOU AL-Azhar-KUIS serta beberapa kolej Islam seluruh negeri secara mengejut membuatkan kebencian saya kepada kerajaan toghut Malaysia yang menjadi dalang makin membara.


Hidup perlu diteruskan. Dugaan itu saya ambil sebagai cabaran. Iman dan rasional memujuk hati, bahawa di sebalik dugaan pasti tersimpan jutaan hikmah yang tidak terfikir dek akal fikiran.

Cinta saya pada Lughatul Jannah tidak pernah pudar. Walau ia bagaikan cinta yang masih belum berbalas. Moga suatu hari Allah memberikan rezki untuk saya meneguk khazanah ilmu di bumi Anbiya' bagi saya lakarkan cerita cinta saya pada 'Bahasa Indah' itu, buat saya lebih-lebih lagi mengenali Tuhan Yang Maha Hebat. "Allahumma ja'alna mutakallimina billughatul 'arabiyyatul fusaha" Wahai Allah permudahkanlah ianya bagiku Amin Ya Rabb..

4 comments:

Anonymous said...

Salam...jgn mudh rse diri kite dh bgos n ckup smpurna...stdent mlysia yg mls n niat tk btol nk g mesir, sbb tu la al azhr sne tknk trime...buatpe smpn bnde2 karat tk bg mnfaat btol takk?????ckp tuh gne la akal and ilmu n Quran...bukan guna hujah smate2 n guna akal yg tk berasah tu!!! pelik npela komplot anti nie ske pndg silp org, ske cpta slh org, ske mnipu, sdgkn tk nk lgsong pndg kbobrokan klemahan, ktandusn diri kamu2 tu!!!jgnla ske ltak kita ni lbih dr malaikta...walhal anti org dari air mani yg hina je!!!! maaf..

jal rasta fi sabilillah said...

"ckp tuh gne la akal and ilmu n Quran...bukan guna hujah smate2 n guna akal yg tk berasah tu!!!"
enta/enti..ana tak berminat untk mengenali..cuma mahu ingatkan cakap biar serupa bikin!"tak kan kerana nyamuk seekor nak di bakar kelambu?"Apepun sykran.Allah knows d best!

yue_emaniez said...

hebat....teruskan perjuangan sahabatku..Allah tahu apa yang kita lakukan, biarpun apa org kata..

cool girl said...

salam...buat anooymous..

satu kesilapan besar anda telah buat..apa dia???tanyer lagi apa dia..baca semula komen yg anda tulis dan fikirin nya semula...

saya boleh katakan di sini anda masih tidak mengkaji lagi tentang ini..

dan anda adalah orang yang cakap menggunakan hujah semata..mengeluarkan perkataan yang keji yang tak sepatutnya ditulis disini...

otak ada akal ada guna...bukan menghentam orang tanpa kajian di buat.

ok....