Thursday, February 4, 2010

"Tunjukkan arah kiblatku"


Slm sehalus manisnya Islam!

Alhamdulillah, doa dan harapan saya termakbul seusai saya menunaikan solat Dhuha. Sore esoknya Allah telah memudahkan jalan untuk saya mendapatkan rumah sewa. Saya senyum puas, rumah itu memenuhi kehendak saya. Bukan kerana besarnya tetapi kerana kebersihannya yang memenuhi cita rasa. Tentunya kebersihan persekitaran itu menenangkan hati seterusnya melapangkan jiwa untuk kita melakukan amal ibadat. Ya! Itulah yang diajarkan Islam Addeenul Hanif.

Malam keesokannya dengan ditemani emak, saya berpindah ke rumah baru. Baru sahaja saya membuka pagar rumah, saya terserempak dengan seorang perempuan yang tidak bertudung. "Atiqah ye? jemput masuk, saya nak keluar sekejap, yang lain ada di dalam" Mesra sahaja dia menyapa saya. Saya mengiyakan "Terima kasih ".

Sebelum emak pulang, saya cuba menenangkan emak yang saya lihat sedikit gusar tentang kesesuaian saya di rumah itu. "Emak Tak payah risaulah, Insyaallah..bila lagi nak mengaplikasikan teori dakwah" saya cuba meyakinkan emak.

Di rumah itu, semuanya mesra bagi saya. "Boleh tunjukkan saya kiblat?" saya bertanya kepada salah seorang ahli rumah. "Macam ini kak" jawabnya.."Eh kejap-kejap, saya tanya kawan saya" sambungnya lagi. "Betulkan kiblat macam ini?" Dia bertanya kepada seorang lagi rakan serumah. "Kejap ye, aku panggil K.Su" Alhamdulillah,kali ini jawapannya meyakinkan saya. Masing-masing nampak segan silu. "Mintak maaf kak, tak berapa pasti tadi, jawab dua orang dari mereka."

Saya senyum dengan misi tersimpan di lubuk hati. Sungguh! kali ini memang Allah benar-benar mahu memberikan ruang untuk saya mempertingkatkan ibadat. Ibadat wajib, untuk memanusiakan seorang manusia! Moga Allah memberikan kekuatan untuk saya tegar mendepani cabaran. Meminjam dogma mantan Timbalan Presiden Gamis, Ustazah Rafidah "Senyum Daie Menuju Mad'u" Ya Allah thabitkan hati kami di atas jalan dakwahMu..Untuk teman-teman serumahku, buat kalian cinta dari ku! Salam sehalus manisnya Islam..

1 comment:

violet said...

Salaam..

insyaAllah..mg berjaya dalam misi akak!!

salam rindu dr violet..