Thursday, August 6, 2009

Pemuda Umno Jangan Dangkal




Pemuda Umno dinasihatkan agar tidak bersifat dangkal. Hal ini berikutan seruan Pemuda Umno yang meminta agar peniaga-peniaga sekitar Kuala Lumpur membuat tindakan undang-undang terhadap Gerakan Mansuhkan ISA.

Realitinya perhimpunan mansuhkan ISA 1 Ogos yang lalu mampu memberikan peluang kepada para peniaga di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda memandangkan perhimpunan aman itu telah disertai lebih enam puluh ribu orang.

Namun amat malang sekali, perhimpunan itu bertukar menjadi kucar kacir hingga menyebabkan banyak kedai-kedai ditutup lantaran sikap pihak polis dan FRU yang tidak profesional dalam menjalankan tugas.

Justeru, pihak mankah yang wajar diambil tindakan undang-undang? Gerakan Mansuhkan ISA yang mengadakan himpunan aman, atau pihak polis dan FRU yang mencipta huru-hara dalam himpunan aman tersebut?

2 comments:

EMANIEZ-ELFARDI said...

salam syg ya ukh..
lamanya kita xbersua..n lama snggh ana menantikan 'khdiran' enti enti yg terbaru..
teruskan pena ya ukhti..jgn terhenti slgi kudrat masih ada.

terimalah sajian.."ISA ITU MERAGUT KEBAHAGIAN KAMI" teristimewa utkmu..

yue-emaniez said...

jgn terus mengalah...